Kesan alkoholism yang merosakkan kesihatan

Perlukah pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ dibuat secara terbuka di negara ini sedangkan ianya banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

Alkohol adalah istilah yang digunakan untuk etanol, bahan yang sesuai untuk manusia minum, berbanding metanol, yang beracun. Gandum, jus buah dan madu yang ditapai telah digunakan untuk membuat alkohol (etil alkohol atau etanol) selama kira-kira 10,000 tahun.

Penggunaan alkohol yang berlebihan ia dikelaskan sebagai depresan, yang bermaksud bahawa ia melambatkan fungsi-fungsi penting yang menyebabkan pertuturan tidak jelas, pergerakan yang tidak mantap, persepsi terganggu dan ketidakupayaan untuk bertindak balas dengan cepat. Adapun bagaimana ia mempengaruhi minda, ia lebih difahami sebagai bahan yang mengurangkan keupayaan seseorang untuk berfikir secara rasional dan merosakkan pertimbangannya.

Overdosis alkohol menyebabkan kesan depresan yang lebih teruk (ketidakupayaan untuk merasakan kesakitan, ketoksikan di mana badannya muntah racun, dan akhirnya tidak sedarkan diri atau lebih teruk, koma atau kematian akibat terlebih dos toksik teruk). Reaksi ini bergantung kepada berapa banyak yang digunakan dan berapa cepatnya seseorang minum alkohol dan fikirannya jadi tidak menentu dan meracau seperti orang tidak siuman.

Kronik penggunaan alkohol yang berat merosakkan perkembangan otak, menyebabkan demensia alkohol,pengecutan otak, pergantungan fizikal, polyneuropathy alkohol (juga dikenali sebagai ‘kaki alkohol’), meningkatkan neuropsychiatric dan gangguan kognitif dan menyebabkan gangguan kimia otak.

Apabila alkohol memasuki aliran darah, ia berziarah ke otak, di mana ia mula membuat pelarasan kepada reseptor dan proses dalam hampir setiap kawasan. Pelarasan ini menghasilkan pelbagai simptom, mulai dari perasaan euphorik yang mabuk, hingga mabuk keesokan harinya. Kebanyakan kesan alkohol mengubah cara kita membuat keputusan, memproses maklumat, dan melihat realiti.

Bagaimanakah alkohol menjejaskan badan manusia? Ia juga melemahkan otot jantung, yang boleh menjejaskan paru-paru, hati, otak dan sistem badan yang lain, dan juga menyebabkan kegagalan jantung. Pengambilan minum dan minum terlalu lama dalam tempoh yang lebih lama boleh menyebabkan jantung mengatasi tidak teratur (arrhythmia) dan telah dikaitkan dengan kes-kes kematian secara tiba-tiba.

Kesan penyalahgunaan alkohol tidak terhad kepada orang yang minum atau kepada mereka yang paling dekat dengannya. Penyalahgunaan alkohol dikaitkan dengan banyak masalah sosial termasuk serangan seksual terhadap kenalan dan kemalangan mengakibatkan orang yang tidak dikenali kehilangan nyawa mereka.

Seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar, beberapa bulan yang lalu di Sibu, apa yang sepatutnya menjadi sesi minum minuman keras di kalangan rakan-rakan berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati ditikam semasa pertengkaran.

Banyak kes pembunuhan berkaitan alkohol berlaku seperti yang dilaporkan di akhbar tempatan, dua pelajar perubatan British ditikam oleh sekumpulan penduduk tempatan semasa konfrontasi berasaskan alkohol di sebuah bistro di Jalan Abell beberapa tahun yang lalu di Sarawak.

Persoalannya sekarang, adakah alkohol memberi manfaat atau mudarat kepada rakyat Malaysia?
Perlukah pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ dibuat secara terbuka di negara ini sedangkan ianya banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan? Sebaiknya kalau golongan yang ketagih arak ini hendak mengadakan pesta arak, mereka perlu mencari tempat tertutup dan hanya untuk ahli mereka sahaja bukan terbuka untuk orang ramai.

Ada sesetengah orang berfikiran, apabila pesta alkohol dihalang di negara ini, pelancong takut untuk melawat negara ini. Alasannya sangat mengarut kerana kedatangan pelancong asing ke negara ini bukanlah tujuan mencari minuman keras tetapi mereka datang ke sini lebih untuk mencari ketenangan dengan melawat tempat rekreasi dan melihat alam semulajadi yang menarik di negara ini.

Kalau tujuan mereka untuk minuman keras mereka boleh minum dengan berbagai jenis jenama dengan bebas di tempat mereka dengan harga yang rendah. Kalau mereka fikir dengan mengadakan pesta arak secara terbuka boleh menarik pelancongan maka golongan pelacur, penagih dadah dengan lain-lain golongan juga akan menuntut hak yang sama untuk menarik pelancong datang ke sini untuk menikmati kebebasan seperti yang mereka kehendaki.

Walaupun mereka mendakwa, masyarakat bukan Islam di Malaysia selalu menyambut hari kebesaran, sama ada harijadi atau hari raya, upacara perkahwinan atau kesyukuran dengan pelbagai jenis minuman yang mempunyai kandungan arak.

Bila disebut pesta arak, sudah tentu mereka yang hadir akan menikmati berbagai jenis minuman arak dan bila sudah terlalu banyak minum akhirnya mereka akan mabuk dan tidak sedar diri kecuali mereka datang ke situ sekadar melihat pesta saja.

Pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ tidak sama dengan sambutan hari kebesaran adat mereka dimana dalam pesta ini hidangan arak diminum secara besar-besaran dan terbuka yang boleh menyebabkan orang ramai mabuk dan mengancam keselamatan orang awam lain kalau tidak dikawal dengan baik apabila mereka pulang dalam keadaan mabuk dari pesta itu nanti.

Walaupun alasan mereka hanya untuk orang bukan Islam, impak mereka tetap dilihat oleh orang awam apabila dibuat dalam ruang terbuka yang tidak terkawal. Kelakuan orang mabuk dan tidak sedarkan diri boleh menjejaskan imej negara ini yang terkenal dengan sopan santun dan mesra terhadap pelancong luar negara. Orang yang mabuk sudah tentu fikiran mereka kusut dan tidak dapat mengawal diri.

Tidak semua orang bukan Islam meminum alkohol kerana sesetengahnya tidak minum alkohol kerana mereka menjaga kesihatan, budaya, dan agama mereka yang melarang perbuatan itu.

1. Larangan alkohol dalam Quran

Al-Qur’an melarang konsumsi alkohol dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkurban untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” (Qs. Al-Ma’idah[5]:90)

2. Larangan alkohol dalam Bibel

Bibel melarang minum alkohol dalam ayat berikut:
a. “Anggur adalah pencemooh, minuman keras adalah peribut, tidaklah bijak orang yang terhuyung-huyung karenanya.” (Proverbs 20:1)

b. “Dan janganlah kamu mabuk oleh anggur.” (Efesus 5:18)

*Penulis  Jofri Jaraiee adalah Pesuruhjaya Pas Sarawak.

CATEGORIES