Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kesatuan Eropah tolak pelan damai Trump di Timur Tengah

Kesatuan Eropah tolak pelan damai Trump di Timur Tengah

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 5, 2020 4:12 pm




Kesatuan Eropah (EU) menolak sebahagian daripada cadangan Amerika Syarikat (AS) bagi Timur Tengah dan katanya, sebarang pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel mesti dicabar

Pengumuman mengenai cadangan tersebut yang dibuat oleh Presiden Donal Trump minggu lalu disambut baik oleh Israel tetapi ditentang oleh rakyat Israel.

EU yang kebiasaannya mengambil masa untuk memberikan respons terhadap perkembangan antarabangsa kerana kepelbagaian keperluan dalam kalangan 27 anggotanya, minggu lalu berkata ia akan mengkaji terlebih dahulu pelan damai Trump itu sebelum membuat keputusan.

Pengumuman mengenai rumusan yang telah dibuat telah disiarkan kepada umum Selasa lalu oleh Ketua Dasar Luar EU, Joseph Borrel, lapor Al Jazeera.

“Untuk membina keadilan dan keamanan berkekalan, sebarang isu yang belum selesai, perlu dirunding secara terus antara pihak terlibat, kata Borrel.

Antara isu yang beliau maksudkan ialah mengenai isu sempadan negara Palestin dan status Baitulmaqdis.

Polisi EU terhadap Timur Tengah agak berhati-hati memandangkan blok berkenaan termasuk anggota yang mempunyai pelbagai tahap simpati terhadap rakyat Palestin dan Israel.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production