Kesatuan Ulama Dunia minta umat Islam bantu ekonomi Turki

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia menyeru umat Islam bersama dengan pendirian Turki dalam isu terkini dan wajib menyokong produk Turki membantu ekonomi negara itu.

Kesatuan Ulama itu yang diketuai oleh Prof Yusof Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi negara itu. Selain menyeru umat Islam berdiri teguh bersama Turki.

Dalam satu kenyataan dibuat kesatuan ulama itu seperti dipetik agensi berita Turki, Anatolia, perkembangan terkini kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria dan apa yang berlaku di Palentin mendesak semua umat Islam merealisasikan persaudaraan kemanusiaan.

“Kejadian minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syria dan Rusia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang rusia dan menarik Turki ke medan peperangan hingga berlaku pemboikotan Rusia ke atas barangan buatan Turki.

“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik secara diplomatik.”

Justeru umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian Turki terutama isu Syria yang berdepan dengan pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.

“Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini, adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu umat Islam di Syria, Palestin, Somalia,Iraq,Mesir, Libya dan Myanmar yan mana negara ini ditindas,” kata kenyataan itu.

.

TAGS