Kesatuan Ulama Sedunia dan agenda Islam rahmah

Kesatuan Ulama Sedunia dan agenda Islam rahmah
Ustaz Fakhrulrazi bersama Ustaz Abdul Ghani Shamsudin sedang beramah mesra dengan perwakilan Muktamar Kesatuan Ulama Sedunia yang lain

Alhamdulillah sepanjang saya berada di dalam acara Persidangan Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS) ke-5 di Istanbul tahun ini, terasa diri saya begitu kerdil bersama ribuan Ulama serta perwakilan dunia yang berkumpul bersama sama membincangkan pelbagai isu berkaitan permasalahan ummat Islam kini.

Beberapa pemidato yang mewakili pertubuhan masing-masing termasuklah Ustaz Fawwaz Fadhil anak kepada alMarhum Ustaz Fadzil Noor yang cukup disegani berucakap mewakili Malaysia, yang memberikan pandangan yang cukup menarik terhadap peranan serta tanggungjawab yang perlu diambil oleh para Ulama bagi meletakkan semula Islam di tempatnya.

Selain itu saya juga benar-benar teruja pada enam muwasafat penegasan tema persidangan iaiktu “Rahmatan lil ‘Alamin” yang diutarakan dalam ucaputama Syeikh Ali Mahyuddin QarrahDaghi selaku Setiausaha Kesatuan Ulamak Sedunia. Antara lain beliau menggariskan perkara berikut;

(1) Kewajipan ummat Islam berpegang penuh pada Al-Quran & Al-Hadith dengan kefahaman yang didasarkan pada Maqasid Syariah dengan kemampuan para Ulama untuk membuat keputusan menggunakan hujjah nas & aqal demi membawa penambahbaikan terhadap sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara.

(2) Mengajak peserta untuk bersama menggembeling perlaksanaan segala tuntutan agama menggunakan konsep keadilan sejagat dan kebenaran fakta sebagai dasarnya tanpa membenarkan apa jua ciri kezaliman wujud dalam setiap ucapan dan tindakan.

(3) Menyeru pada ulama dan pendirik untuk menjadi qudwah atau role-model utama dalam masyarakat untuk disegani dan diikuti demi membuang salahfaham dan sangkaan buruk terhadap Islam yang berlaku kini.

(4) Mewajibkan penggerak media termasuk media sosial untuk bertanggungjawab dalam menyampaikan berita agar risalah Islam diterima demi mengelakkan sebarang fitnah atau salah faham terhadap Islam timbul.

(5) Peranan wanita yang perlu digerakkan dengan lebih mendalam dalama memikul tugasan pendidikan generasi baru untuk memimpin perubahan dunia di masa hadapan.

(6) Tanggungjawab paling utama para ulama adalah untuk memimpin dunia sesuai dengan perubahan zaman demi mengelakkan serangan Islam Phobia diteruskan oleh musuh.

Saya juga berasa cukup terkesan pada kupasan cukup mendalam Syeikh QarrahDaghi dalam ucaputama berkaitan konsep Islam yang membawa rahmah bagi sekalian alam yang mesti diminta beliau untuk menjadi agenda oleh kepimpinan Islam di seluruh dunia.

Selain perkara itu atas, pada tahun ini akan berlangsung pemilihan Jawatankuasa Baru untuk memimpin KUIS yang pastinya matlamat untuk meletakkan KUIS lebih berperanan di masa hadapan.

Untuk itu saya benar-benar berharap dan berdoa agar kewujudan dan kesinambungan KUIS ini hendaklah dijauhkan sesekali daripada sebarang anasir buruk atau fitnah termasuklah digunakan sebagai modal tertentu politik kepartian di Malaysia, hingga wujud pula sebelum ini tindakan pengikut parti politik yang berkata hanya kalangan AJK tertentu itu yang lebih layak memimpin negara dalam perubahan arus politik yang berlaku kini.

Tahun ini juga saya lihat perwakilan dari Malaysia berjumlah agak ramai dan tidak seperti kebiasaan pada tahun-tahun lalu. mungkin sebab tahun ini ada pemilihan.Sebahagiannya juga adalah beberapa kenalan saya dalam parti lama saya yang sempat saya bertegur sapa. Sejujurnya saya amat terkejut dengan kehadiran perwakilan yang sangat ramai ini.

Pada masa yang sama juga sejak beberapa hari sudah lagi saya mendengar beberapa desas-desus berkaitan nama Naib Pengerusi dari Malaysia yang tidak lagi menjadi pilihan untuk dilantik semula dalam AJK baharu yang bakal dipilih kelak. Hinggalah saya baru sahaja membaca sebentar tadi kenyataan rasmi Setiausaha Politik YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu yang menyatakan beliau baru membuat keputusan menarik diri pada malam tadi. Mungkin itulah juga sebab rupanya dalam hampirr kesemua ucapan kepimpinan KUIS itu sejak beberapa hari lepas tidak lagi menyebut nama Tuan Guru sebagai pemimpin utama yang diraikan dalam persidangan tersebut.

Saya pohon doa dan keberkatan semua kenalan dan sahabat agar amanah yang saya wakili bersama alFadhil Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Dr Fauzi Zakaria dan Ust Wan Subki Wan Salleh Timbalan Pengerusi Akademi NUNJI di sini dapat kami laksanakan dengan penuh tannggungjawab dan berjaya.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Istanbul

COMMENTS