Keselamatan siswi di kampus harus diutamakan

Keselamatan siswi di kampus harus diutamakan

Universiti merupakan tempat di mana mahasiswa dan mahasiswi untuk melanjutkan pelajaran namun, keselamatan mahasiswi sering kali terancam.

Pengerusi Biro Politik Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Syed Syaqir Adhli Syed Redzuan berkata, pada 15 Julai yang lalu seorang pelajar perempuan UMS hampir dirogol oleh Pegawai Unit Keselamatan Universiti berkenaan di bilik asrama pelajar tersebut.

Katanya, pihak UMS mengambil langkah mendiamkan diri tentang isu berkenaan dan mengugut mangsa untuk tidak melaporkan kepada pihak berkuasa atau berdepan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

“Kes ini telah menyebabkan ketelusan pihak UMS diragui dan merumitkan lagi keadaan apabila Timbalan Naib Canselor HEPA UMS, Profesor Dr Ismail Ali mendiamkan diri tentang isu ini.

“Tindakan pihak universiti untuk mengenakan akta Auku kepada pelajar berkenaan juga amat tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media yang diadakan di lobby Parlimen hari ini.

Menurutnya, diharapkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar nasib mangsa dapat dibela sambil dapat menjalankan siasatan yang lebih lanjut dalam isu ini.

Jelasnya, Universiti sepatutnya merupakan tempat yang selamat untuk melanjutkan pelajaran dan beliau kecewa terhadap isu yang timbul ini dan berharap dapat menyelesaikan dengan cara yang adil.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0