Kesemua mangsa kebakaran dapat bantuan tunai sebelum raya, kata Khalid

Kesemua mangsa kebakaran dapat bantuan tunai sebelum raya, kata Khalid
Khalid Samad ketika meninjau kawasan kebakaran gerai penjaja di Masjid India tengahari ini. Foto-Syafiq Iskandar

Kesemua 30 mangsa kebakaran di Bazar Masjid India akan diberikan bantuan menjelang hari raya ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad.

“DBKL sudah setuju memberikan RM2,000 setiap peniaga, kita akan tambah lagi dari Yayasan Wilayah Persekutuan dan juga Kementerian sendiri,” kata Khalid selepas melawat tapak kebakaran tengahari Selasa.

Bazar itu terbakar kira-kira jam 2 pagi  Selasa. 30 dari kedai yang terlibat musnah, manakala 20 lagi terselamat.

Sementara itu, kesemua peniaga di bazar itu akan dipindahkan ke kawasan yang berdekatan secepat mungkin.

“Kita sedang berbincang dengan Datuk Bandar tempat yang sesuai. Memandangkan mereka duduk di bawah struktur yang sama, kita akan pindahkan kesemua mereka,” kata Khalid.

Sebanyak 30 peniaga berputih mata apabila gerai mereka musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur lewat tengah malam tadi.

Terdapat 143  gerai ditapak berkenaan yang mana 30 gerai hangus terbakar.

Baca: 30 penjaja dicadang berpindah