Malaysia Dateline

Kesemua MP PH akan bagi sokongan penuh lulus RUU Anti Lompat Parti 11 April ini

Majlis Presiden Pakatan Harapan menegaskan kesemua MP PH akan bagi sokongan penuh lulus RUU Anti Lompat Parti dalam sidang khas Parlimen 11 April ini

Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan Rang Undang-Undang (RUU).

Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.

Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan bersama mengulangi akan memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini.

Ketua Pembangkang juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing. Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat.

Terdahulu, RUU Pindaan Perlembagaan antilompat parti akan dibentangkan dan dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang diadakan pada bulan Ramada.

Kesemua MP PH akan bagi sokongan penuh lulus RUU Anti Lompat Parti 11 April ini
PM akan memanggil sidang kha April ini untuk lulus RUU Anti Lompat Parti

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi jaminan bahawa beliau akan memanggil sidang khas selewat-lewatnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

September lalu, kerajaan menandatangani MOU dengan Pakatan Harapan bagi membawa pembaharuan dan kestabilan politik untuk negara.

Antara perjanjian itu ialah pembangkang tidak akan mendesak pilihan raya umum awal sebelum 31 Julai dan antara pembaharuan lain termasuklah pembentangan RUU anti-lompat parti.

Satu jawatankuasa bipartisan khas telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan RUU anti-lompat parti yang sesuai.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/setelah-400-pokok-mati-aliff-syukri-baru-tahu-mengapa-harga-durian-musang-king-lebih-mahal/

Baca juga: https://themalaysialife.com/tak-kisah-ditinggal-isteri-lelaki-rela-jadikan-buaya-sebagai-teman-hidup/