Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kesenian platform pupuk keharmonian masyarakat majmuk di Sabah

Kesenian platform pupuk keharmonian masyarakat majmuk di Sabah

Oleh BERNAMAMay 12, 2019 11:57 am




Penganjuran persembahan kesenian sempena perayaan etnik adalah platform terbaik untuk memupuk keharmonian, perpaduan dan toleransi kaum dalam masyarakat majmuk di Sabah, kata Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Negeri 2019, Datuk Peter Anthony.

Beliau berkata penganjuran persembahan kesenian sempena Pesta Kaamatan yang julung kali diadakan pada kali ini dilihat mampu menyemarakkan lagi kepelbagaian budaya etnik Sabah.

“Sepanjang Mei ini bersempena sambutan Pesta Kaamatan, pelbagai acara diadakan seperti acara kesenian Sodop Pisompuruan, Pertandingan Lagu-Lagu Lama (Songkotoun), Anugerah Juara Lagu Kadazan Dusun Murut (KDM), Pertandingan Bercerita dalam Bahasa KDM, (Puisi Lisan Tradisi Hiis) dan Pertandingan Tarian Etnik Kreatif KDM.

“Sodop Pisompuruan yang diadakan pada malam ini (malam tadi) merupakan titik permulaan untuk sambutan Kaamatan Peringkat Negeri pada tahun ini,” katanya ketika berucap melancarkan Program Persembahan Kesenian sempena Pesta Kaamatan di Pentas Luar Dewan Hongkod Koisaan KDCA, malam tadi.

Katanya penganjuran majlis itu adalah permulaan kepada proses untuk mengeratkan lagi jalinan mesra antara semua masyarakat dan mengukuhkan perpaduan yang sedia ada agar lebih terpelihara dan harmoni hingga ke generasi akan datang.

“Perbezaan dari segi pegangan agama, amalan budaya serta bahasa bukan penghalang setiap masyarakat terus hidup dalam harmoni dan saling memahami.

“Inilah adalah kekuatan kita. Inilah cerita sebenar kemajmukan Sabah dan Malaysia. Walau apa pun agama dan budayanya, kita terus hidup dalam keadaan yang sangat rukun dan damai serta saling mendukung antara satu sama lain. Inilah faktor penentu untuk kita menjadi kuat dan maju iaitu jika masyarakat dari pelbagai kaum dan keturunan dapat bersatu dalam kemajmukannya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production