Malaysia Dateline

“Kesian budak hulu tak pernah miss latihan ditendang kerana alasan nak ambil budak kau”

Seorang guru di sekolah pedalaman menzahirkan rasa kesian terhadap budak sekolah dalam kalangan orang asli kerana ditendang daripada menyertai kejohanan sukan.

Guru yang mengajar di Sekolah Kampung Geris Kelantan yang dikenali sebagai M.K Izzuddin melalui Twitternya mempersoalkan kewajaran membuat kejohanan akhirnya memilih kroni untuk mewakili daerah.

Bahkan beliau simpati dengan kesungguhan anak murid orang asli yang tidak pernah ponteng daripada menghadiri latihan pusat.

“Kejadah buat kejohanan bagai kalau dah pilih kroni untuk wakil daerah. Kesian kat budak pergi latihan, lepas tu reject last minit alasan komitmen.

“Budak dari ulu kot, tu pun pergi latihan tidak pernah miss. Kau bagi alasan bodoh sebab nak ambil budak kau,” ciap beliau dengan emoji marah.

"Kesian budak hulu tak pernah miss latihan ditendang kerana alasan nak ambil budak kau"
Sentiasa hadir latihan akhirnya ditendang kerana kronisme

Ciapan beliau turut dibalas oleh Boeing747 yang turut kecewa dengan luahan cikgu berkenaan dan tidak menolak kronisme sudah menjadi budaya dalam masyarakat hari ini.

“Dari peringkat budak lagi kita dah buat,” balas beliau.

Sulhi turut kecewa dengan sikap sekolah yang berpaksikan kronisme.

“Patut siap-siap bagitahu saya pilih sekolah saya sahaja biarah tak menang pun. Ingat tak letih ke kita teruk-teruk train dari awal nak cungkil bakat budak, depa senang2 padam semangat itu,” katanya.

Tidak dinafikan sikap ini berlaku sejak dahulu lagi sebab itulah mendiang Sheby pernah membuat program ‘myteam’ dan pergi setiap pelosok daerah cari yang betul-betul berbakat.

“Sekarang sekolah yang tidak lepas suku akhir pun separuh pemain dia dapat wakil daerah,” kata sorang lagi netizen.

Baca juga: Warga emas bongkar cerita kenapa dia tidak mandi sejak 22 tahun yang lalu…

Baca juga: Dibayar RM500,000 untuk kerja dengan Hot FM? “No komen tapi saya datang dengan barang” – Johan