Gambar pempengaruh, Cik Epal hari ini didedahkan oleh rakan baiknya di media sosial. Wajah berparut Cik Epal itu dipercayai diambil selepas bergelut dengan isteri bekas suaminya dan dimuat naik oleh Ashry di intagram.
Semalam berlaku adegan pergaduhan di rumah sewa milik bekas suami Cik Epal yang juga pempegaruh Jofliam. Cik Epal didakwa ke rumah lamanya itu untuk mengambil barang miliknya.
Lain pula cerita di pihak Jofliam, isterinya iaitu Emira Delyati mendakwa dia cedera akibat dikasari oleh Cik Epal.
“Munirah terus membuat tindakan berlari ke level satu, saya mengejar dia untuk mengingatkan dia bahawa dia tidak dibenarkan naik ke level satu.
“Saat Dewi naik, Munirah telah melempar dekorasi rumah di tangga dan menjerit. Saya cuba menghalang, sebaliknya Munirah bertindak menggunakan kekerasan terhadap saya.
“Tindakan saya selepas itu adalah untuk mempertahankan diri,” jelas Dewi menerusi kapsyen di Instagram.
Menerusi laporan polis itu pula, Dewi berkata dia mengalami luka dan calar di bahagian muka serta hidung disebabkan rambutnya ditarik, manakala wajahnya dicakar.
Namun rata-rata netizen tampil kesian dengan Cik Epal dengan muka berparut seperti itu. Netizen juga berharap pertelingkahan lama oleh keluarga ini dapat selesai dengan baik.