Malaysia Dateline

Kesian tengok bangla terkial-kial buat pesanan McD dekat mesin, lelaki bengang tak ada ‘staff’ datang tolong

Seorang individu baru-baru ini ada berkongsikan kisah yang dialaminya ketika mengunjungi sebuah restoran makanan segera.

Berdasarkan cerita dari pemilik akaun @koalanii, dia berkata layanan kakitangan sebuah restoran makanan segera iaitu McDonald didakwa tidak mesra pelanggan apabila membiarkan seorang warga Bangladesh terkial-kial membuat pesanan melalui mesin pesanan digital.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, kakitangan restoran berkenaan terus-terusan menyuruh seorang warga bangla membuat pesanan melalui mesin tetapi tiada seorang pun yang membantunya.

“Kesian tengok bangla ni nak order @McDonalds dekat Jalan P ramlee ni tapi tak reti. Dia nak order kat kaunter tapi akak McD asyik cakap order sana (mesin) tapi tak tolong pun. Dia pergi kaunter delivery tapi tu bukan tempat order. Hujung-hujung berdiri depan mesin,” katanya.

Menyedari situasi tersebut, individu tersebut memberitahu dia kemudian telah membantu bangla itu membuat pesanan di mesin.

Katanya, bangla itu cuma mahu membeli ayam goreng spicy sebanyak dua set dan menggunakan pembayaran jenis wang tunai.

Susulan itu, dia berpesan agar pekerja restoran berkenaan lebih prihatin dengan semua pelanggan kerana tidak semua tahu menggunakan mesin canggih yang disediakan, dan yang paling penting walaupun pembeli mereka adalah bangla, mereka masih lagi seorang pelanggan.

“Ya aku dah tolong dia order Dia nak beli ayam goreng spicy dua set. Pakai cash. Aku imagine bapak tiri aku pernah cakap dia tak reti nak order mcd apa semua ni, orang kampung. Pekerja McD tolong lah sebab bukan semua orang celik aplikasi/mesin ni. Tak kisah la bangla ke siapa, nama pun customer,” katanya lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ada yang memberitahu bahawa masalah utama yang dihadapi restoran-makanan segera ini adalah kerana mereka ‘terlalu digital’ sehingga tidak menghiraukan golongan yang tidak berapa celik dengan teknologi.

“Isu bukan sekadar tak tolong, malah terlalu digital pun masalah juga. Kena kompromilah sikit untuk orang tak celik IT. My mom pun struggle nak order yang guna scan order tu, last-last order kaunter. Tak semua orang pandai, tak smua connection internet bagus. Win-win situation. Kita kalau nampak camni, bantu jelah. both side happy,” balas pengguna Twitter lain.

Baca juga: Roti canai Malaysia diundi makanan jalanan paling sedap di dunia, kalah pisang goreng

Baca juga: Harapan telah laksana sebahagian besar manifesto PRU, tak perlu guna modal basi ‘derita 22 bulan’