Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kesiapsiagaan negara tangani isu koronavirus pada tahap terbaik, kata Dr Dzulkefly

Kesiapsiagaan negara tangani isu koronavirus pada tahap terbaik, kata Dr Dzulkefly

BernamaFebruary 3, 2020 7:11 am




Kementerian Kesihatan (KKM) menolak dakwaan pihak tertentu yang menyatakan ia lewat menangani jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata fasiliti kesihatan dan pasukan bantuan berada pada tahap terbaik, membuktikan kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak yang bermula di Wuhan, China.

“Kita faham kebimbangan rakyat dan kalau dikatakan KKM lewat bertindak, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di Sungai Buloh telah bertindak (diaktifkan) seawal 5 Jan… sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersidang,” katanya yang menjadi tetamu khas Buletin Utama TV3 bagi menerangkan perkembangan terkini jangkitan 2019-nCoV malam tadi.

Dr Dzulkefly berkata kebimbangan itu tidak wajar kerana KKM mempunyai pengalaman dalam menghadapi krisis kesihatan seperti Virus Nipah, Zika dan H1N1 dan pengalaman tersebut meletakkan keupayaan fasiliti kesihatan negara di tahap terbaik.

“Malahan, barisan hadapan yang mengendalikan kes koronavirus ini menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap. Ini juga termasuklah 57 hospital yang dikenal pasti sebagai hospital saringan dan daripadanya, 26 bersedia untuk merawat.

“Namun kita tidak mahu selesa walaupun Indeks Keselamatan Kesihatan Global meletakkan Malaysia berada di kedudukan ketiga di Asia – di belakang Thailand dan Korea Selatan daripada segi kesiapsiagaan negara dan keupayaan menangani penyakit berjangkit,” katanya.

Mengulas mengenai misi bantuan membawa pulang rakyat Malaysia dari China, Dr Dzulkefly menjelaskan terdapat beberapa protokol keselamatan yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia terlibat apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti.

“Terdapat empat fasa protokol yang perlu dilalui iaitu fasa prapelepasan, dalam penerbangan, tiba di KLIA dan selepas dilakukan saringan seperti dihantar ke pusat rawatan yang ditentukan.

“Saringan bagi penumpang-penumpang ini sudah dilakukan oleh pihak China dan hanya melibatkan penumpang yang sihat. Bagi yang tidak sihat, mereka akan ditahan dan dirawat​ di sana (China)​,” katanya.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan di Malaysia kekal lapan dengan jumlah kumulatif kes pesakit dalam siasatan (PUI) adalah seramai 183 orang dan 18 orang masih menunggu keputusan makmal.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production