Kesihatan Anwar terkawal, terima kasih atas sokongan

Kesihatan Anwar terkawal, terima kasih atas sokongan

Tahap kesihatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terkawal setelah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam, kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata, Anwar di dibawa ke HKL untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan yang dijadualkan, serta untuk pemantauan dan rawatan oleh pasukan doktor pakar yang ditugas menjaga kesihatan beliau.

“Semalam saudara Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan darah yang kurang stabil. Alhamdulillah keadaan beliau adalah terkawal.

“Bagi pihak saudara Anwar dan keluarga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada para doktor dan semua pihak yang mendoakan kesihatan saudara Anwar.

“Seperti yang beliau sebutkan semalam, perubahan sudah menghampiri kita (“change is imminent”), maka kita perlu berdoa dan berusaha untuk memastikan kemenangan Rakyat pada PRU14 kelak, inshaAllah,” ujarnya dalam kenyataan ringkas hari ini.

BACA: Anwar dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan berjadual

CATEGORIES
TAGS