Ketahui negara yang paling singkat dan lama tempoh berpuasa untuk tahun ini. Terdapat beberapa negara mempunyai masa berpuasa paling singkat dan lama bagi tahun ini.
Jika di Malaysia umat Islam berpuasa sekitar 13 hingga 14 jam, tetapi di negara New Zealand, Argentina serta Afrika Selatan menjadi lokasi paling pendek mengerjakan puasa Ramadan pada tahun ini iaitu sekitar 11 dan 12 jam sahaja.
Memetik The National News, terdapat empat negara yang mengalami tempoh puasa paling panjang termasuk bandar Reykjavík, Iceland sekitar 16 jam, 50 minit. Ianya diikuti Poland, England dan Perancis.
Pada tahun lalu, Norway, Greenland serta Finland menjadi bandar yang paling lama menjalani tempoh Ramadan iaitu selama 20 jam.
Di negara-negara di mana matahari terbenam dan matahari terbit yang jaraknya kurang dari tiga jam, fatwa membolehkan penduduk di negara terlibat mengikuti waktu di bandar-bandar lain.
Sebagai contoh, ramai yang akan mengikuti waktu puasa di Mekah, Arab Saudi.
Sama seperti tahun sebelum ini, Arab Saudi dan sebahagian besar umat Islam di negara Asia Barat akan berpuasa sekitar 15 jam sehari.
Ramadan paling pendek mengikut negara;
Johannesburg, Afrika Selatan: 11 hingga 12 jam
Buenos Aires, Argentina: 11 hingga 12 jam
Cape Town, Afrika Selatan: 11 hingga 12 jam
Christchurch, New Zealand: 11 hingga 12 jam
Ciudad del Este, Paraguay: 11 hingga 12 jam
Montevideo, Uruguay: 11 hingga 12 jam
Brasilia, Brazil: 12 hingga 13 jam
Harare, Zimbabwe: 12 hingga 13 jam
Ramadan paling panjang mengikut negara;
Reykjavík, Iceland: 16 jam dan 50 minit
Warsaw, Poland: 15 jam
London, England: 15 jam
Paris, Perancis: 16 hingga 17 jam