Malaysia Dateline

Ketegangan memuncak, Pakistan, India tutup ruang udara

Operasi penerbangan di beberapa lapangan terbang Pakistan dan India ditutup selepas ketegangan di antara kedua-dua pihak semakin memuncak pada Rabu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media dan pegawai.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan berkata semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari lapangan terbang utama – termasuk lapangan terbang Karachi, Peshawar, Lahore, Faisalabad, Multan dan Sialkot – digantung sementara waktu.

Pihak kerajaan India pula menutup empat lapangan terbang dekat sempadan India-Pakistan.

“Lapangan terbang Srinagar, Jammu dan Leh antara lima lapangan terbang ditutup pada Rabu selepas jet Tentera Udara India (IAF) terhempas di daerah Budham Kashmir,” kata lapor agensi berita India (PTI).

Lapangan terbang yang ditutup termasuk Srinagar, Jammu, Leh (di dalam Jammu dan Kashmir) serta Amritsar di Punjab, India.

Media tempatan melaporkan lapangan terbang Chandigarh juga ditutup.

Sementara itu, perkhidmatan penerbangan masih beroperasi di lapangan terbang Chandigarh setakat ini, kata  pegawai perhubungan awam lapangan terbang itu, Deepesh Joshi.РBERNAMA