Malaysia Dateline

PRN Sarawak ke 11 menyaksikan pengulangan janji janji pembangunan BN

Ketepi jaminan Hadi, Pas Sarawak tetap mahu bertanding

Pas Sarawak bakal bertembung dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Walaupun sebelum ini Timbalan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Dr James Masing mendedahkan bahawa Pas dan Bersatu tidak akan bertanding di negeri ini, namun menurut kenyataan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee (gambar) telah memaklumkan sebaliknya.

Jofri Jaraiee sarawakMenurut kenyataannya yang di keluarkan di Kuching hari ini menyatakan bahawa Pas Sarawak bersedia menghadapi PRN12 dan Pilihan raya Umum (PRU) Ke-15 dengan meletakkan calon di beberapa kawasan tradisinya sebelum ini.

“Kami telah turun padang bersama masyarakat walaupun pilihan raya yang lepas belum memiliki sebarang kerusi.

“Undi signifikan Pas pada ketika itu tanpa mempunyai kerjasama politik sudah membuktikan kekuatan Pas di akar umbi dan kami yakin akan lebih kukuh dan menang dengan situasi semasa apatah lagi kini berada dalam Kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, kemasukan ahli terutamanya masyarakat Iban membuktikan Pas terus diterima dan mendapat tempat di negeri ini,” ujarnya.

Jelas Jofri, Pas Sarawak juga akan mencalonkan calon anak Sarawak pelbagai latar belakang akademik serta aktivis masyarakat mengikut keperluan setempat dan berkebolehan membawa aspirasi kepada anak Sarawak.

Ujarnya lagi, kebolehan pimpinan tempatan Pas menyuarakan pelbagai isu khususnya di media massa membuktikan usaha gigih Pas bekerja untuk rakyat, malah bilik-bilik gerakan Pas kini menjadi tempat penduduk merujuk dan mengadu permasalahan setempat.

“Mengambil kira politik semasa, Pas Sarawak berada dalam kedudukan bebas kerana tiada perbincang atau kerjasama buat masa ini yang berlaku di Sarawak.

“Semua ini akan dibincangkan dan diputuskan bersama-sama dengan Pas Pusat sekiranya ada parti tempatan yang mahukan kerjasama.

Sebelum ini Masing telah mendedahkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang bersetuju tidak akan bertanding pada PRN12 di negeri ini memandangkan kedua-dua parti tersebut bersama-sama dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selain Hadi, Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi jaminan tidak akan meletakkan di Sarawak nanti.

“Jaminan yang diberi Pas dan Bersatu, bukan sahaja memberi jalan kepada GPS untuk berjuang menentang pembangkang tetapi ia juga petanda baik bahawa parti komponen PN menghormati komitmennya untuk membantu GPS semasa pilihan raya kelak,” kata Masing yang juga merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu salah satu parti yang bergabung bersama GPS.