Malaysia Dateline

Ketepi Pelan Pemulihan, tukar strategi kepada ‘Hidup dengan Covid’

Kerajaan dicadangkan mengenepikan Pelan Pemulihan Nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri sebelum ini kerana ia terbukti gagal dengan teruk.

Veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar kerajaan membuat dasar baharu iaitu ‘Hidup dengan Covid’ bukan lagi ‘Tanpa Covid’ kerana kesan kepada ekonomi dan kehidupan terlalu teruk apabila cuba menghapuskan virus berkenaan.

“Pelan Pemulihan Nasional bukan dihasilkan melalui perbincangan dengan semua pihak. Ia hanya bukti kegagalan strategi dalam melawan pandemik Covid-19, samada enam bulan darurat atau pelbagai jenis perintah kawalan pergerakan termasuk PKP penuh,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Jumlah terkumpul 135,992 kes Covid-19 ketika Darurat diisytiharkan pada 11 Januari 2021 telah meningkat lebih daripada tujuh kali selepas enam bulan iaitu kepada 980,491 kes semalam, manakala 551 kematian Covid-19 pada 10 Januari 2021 meningkat 14 kali ganda kepada 7,718 kematian semalam.

“Esok akan menjadi Hari Yanhg Memalu Malaysia kerana kita akan mencecah angkata setuju dalam kes Covid-19 dan mengatasi Pakistan dengan berada di kedudukan ke-30 di antara negara-negara dengan jumlah kes Covid-19 yang paling banyak – padahal kita berada di kedudukan No. 85 pada November tahun lalu.

“Apa jenis peperangan melawan Covid-19 ni,” kata beliau.