Malaysia Dateline

Ketika banjir, Mohamad Sabu teringat semasa menjadi Menteri Petahanan – bergambar

Melihat jasa dan sumbangan para anggota tentera ketika banjir melanda negara, bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu teringat tugasan dan tanggungjawab beliau sebelum ini.

“Sebagai mantan Menteri Pertahanan, saya amat menghargai usaha-usaha ATM dalam membantu menyelamatkan mangsa banjir.

“Ketika rakyat dilanda bah yang besar, tiada jalan dan tiada akses untuk dimasuki, anggota ATM menjadi pendahulu untuk menyelamatkan mangsa.

“Semoga jasa baik anda semua diberkati,” tulis Mohamad menerusi facebook beliau sambil mengepil gambar-gambar bagaimana anggota tentera bertugas dalam membantu mangsa banjir kali ini.