Malaysia Dateline

Ketika masih trauma banjir besar, penduduk Sri Muda hadapi banjir kilat ekoran hujan lebat

Ketika masih dalam trauma ekoran banjir besar Disember lalu, penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam kita berhadapan banjir kilat petang ini berikutan hujan lebat yang melanda Shah Alam petang ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, air banjir mula naik pada 5.15 petang dan kini berada kira-kira 1 kaki dalam.

Berdasarkan laman web Info Awam Jabatan Pengairan dan Saliran Banjir, dua sungai di Selangor telah mencapai tahap “berbahaya”.

Sungai-sungai yang terdapat di daerah Hulu Langat adalah Sungai Raya, Batu 9 dan Sungai Balak, di Kampung Baru Balakong.