Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ketika PH digoncang, AWAN berazam rapatkan pasukan kepimpinan

Ketika PH digoncang, AWAN berazam rapatkan pasukan kepimpinan

AKMAL MANAF FOTO : WAN ZAHARI WAN SALLEHFebruary 19, 2020 7:00 am




Ketika pembangkang berusaha mengkucar kacirkan hubungan di kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan, sayap wanita AMANAH, Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) berazam mahu memberi fokus kepada pengukuhan Pakatan Harapan dan juga terhadap Wanita Pakatan Harapan.

Ketua AWAN Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, selepas perkara (pengukuhan) tersebut berjaya dilaksanakan, beliau yakin dan percaya pihaknya akan terus melangkah ke hadapan.

“Pada masa sama, kami juga akan turun ke seluruh negara untuk membantu kerajaan menyampaikan inisiatif-inisiatif yang telah dibuat.

“Apa-apa yang yang dibuat oleh orang-orang politik yang mengejar kuasa, itu semua adalah urusan mereka.

“Tetapi, kami mengejar bagaimana hendak menjadikan kerajaan yang ada sekarang ini berkesan dan boleh membantu rakyat di bawah,” katanya dalam sidang media berkaitan memorandum AWAN yang dihantar kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Penyerahan memorandum pada 14 Februari lalu itu bertujuan mengemukakan cadangan Pindaan Perlembagaan Pakatan Harapan dengan memasukkan secara jelas tafsiran, kedudukan, keanggotaan, urus tadbir, tugas, kuasa dan tanggungjawab ‘Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Harapan’ serta beberapa hal penting yang bersangkutan dengannya.*

Aiman mengulas demikian ketika ditanya mengenai perbezaan pendapat yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri ketika pihaknya mengadakan sidang media di Wisma AMANAH, baru-baru ini

 

Walau bagaimanapun, Aiman mengambil jalan profesional iaitu tidak mahu mencampuri sebarang polemik melibatkan parti lain, sebaliknya beliau memilih untuk menyatakan pendiriannya sebagai Ketua AWAN Nasional.

“Saya yakin dan percaya mereka itu adalah orang-orang lama dalam dunia politik dan mereka tahu apa yang sepatutnya dibuat.

“Manakala di peringkat AWAN, kami sentiasa mengingatkan diri bahawa, perkara yang perlu dibuat selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah memberi tumpuan ketika bekerja, sekali gus menghasilkan keputusan yang baik.

“Pada masa sama, kita juga perlu membantu kerajaan yang ada sekarang. Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir) dan Timbalannya (Datuk Seri Dr Wan Azizah) memerlukan kita untuk membantu mereka berdua,” katanya sambil menambah jika semua asyik bercakaran, ianya tidak akan membantu Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah dalam mentadbir negara.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production