Malaysia Dateline

Ketika PKP Penuh, timbalan menteri kahwin seorang lagi di selatan Thai

Seorang Timbalan Menteri didakwa menikah seorang lagi di selatan Thailand ketika rakyat negara ini berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Menurut salinan surat nikah yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat itu, pernikahan mereka berlangsung pada 1 Jun lalu, hari kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenakan PKP penuh termasuk di Kelantan.

Ia dikatakan berlangsung di Masjid Kedai Baru, Jajahan Sungai Golok, Wilayah Narathiwat.

Turut disebarkan adalah lafaz aqad nikah ahli parlimen sebuah kawasan di Kelantan berkenaan yang dibuat secara dalam talian dengan jurunikahnya.

Sedak bekas bos Khairul Azuan plak ehhhh trik nih. Ore akat dero putih… dia akat bini baru,” tulis seorang aktivis politik, Ayie Prope melalui Facebook miliknya.

Sementara itu, Johar Ismail pula menulis, “Di saat rakyat lapar, dia yang bergaji puluhan ribu tambah bini!”

“Tok Lebai Pas yang bertaraf “kayangan” guna sindiket nikah online dengan imam yang berada di Thailand.

“Pernah kahwin 2, 3, nak jawab nikah pun tanya tok imam. Bui hok ni dulu!” katanya lagi.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Pas itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM11,111 kepada isteri mudanya yang dikatakan berasal dari Selangor.