Ketika prestasi merudum, FGV didakwa beli kondo mewah

Ketika prestasi merudum, FGV didakwa beli kondo mewah

Ketika prestasi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)  dipertikaikan oleh pelbagai pihak, badan yang ditubuhkan oleh kerajaan dari Felda itu mengesahkan pembelian dua kondominium mewah bernilai lebih RM8 juta. 

 

Ketika prestasi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)  dipertikaikan oleh pelbagai pihak, badan yang ditubuhkan oleh kerajaan dari Felda itu mengesahkan pembelian dua kondominium mewah bernilai lebih RM8 juta.

Hari ini, Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli mengesahkan bahawa pada tarikh 29 September 2014, FGV telah memuktamadkan pembelian dua buah kondominium mewah di The Troika (berdekatan KLCC dan Menara Felda yang baru).

Prestasi FGV yang sedang merudum, tetapi boleh membeli kondo mewah dipersoal.Ia dibeli pada harga RM5,143,902 untuk Unit A-20-2 dan Unit B-10-3 berharga RM3,283,770.

“Kedua-dua unit kondominium ini dibeli pada harga RM8,427,672 dan saya difahami FGV juga turut berbelanja untuk menaiktaraf dua unit kondominium mewah ini,” kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam kenyataannya.

Menurut Rafizi, beliau telah menyemak Penyata Kewangan FGV yang terkini setakat 31 Disember 2015 dan boleh mengesahkan bahawa FGV telah merekodkan kondominium ini di dalam Penyata Kewangan dan tidak menerima sebarang sewaan dari unit-unit kondominium ini.

Rafizi menyertakan salinan mukasurat utama dari perjanjian jual beli kedua-dua unit kondominium itu sebagai bukti pembelian tersebut.

“Saya menyeru supaya kepimpinan baru FGV memberi kenyataan secepat mungkin menerangkan kewajaran pembelian ini dan tujuan FGV mempunyai dua unit kondominium mewah seperti ini dalam tahun 2014.

“FGV juga perlu mengesahkan sama ada kedua-dua unit ini masih lagi dimiliki oleh FGV setakat ini,” katanya.

TAGS