Ketua Amanah lawat mangsa kebakaran di Guchil 3, buka tabung untuk penderma

Ketua Amanah lawat mangsa kebakaran di Guchil 3, buka tabung untuk penderma

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Amanah kawasan Kuala Krai, Ustaz Roslan Abdul Rahman berharap semua pihak terus berhati-hati berhadapan cuaca panas melampau sekarang supaya tragedi kebakaran tidak berulang.

“Pastikan tiada sebarang punca api yang boleh membawa kecelakaan yang tidak tertanggung,” katanya ketika melawat mangsa kebakaran di kampung Guchil 3 pagi ini.

Pada lawatan itu beliau mewakili Amanah Kuala Krai menyumbangkan derma kepada mangsa kebakaran yang melibatkan enam kelauarga.

Meninjau rumah rumah terlibat kebakaran

“In sha Allah Amanah tetap akan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan supaya semua dapat menjalani kehidupan sempurna,” kata beliau.

Untuk pemulihan segera katanya Amanah akan cuba membantu dengan membuka tabung khas bencana kebekaran berkenaan dengan mesasarkan kutipan sekurang-kurangnya 60 ribu ringgit

“Sesiapa yang ingin sama membantu boleh terus menghubungi saya di talian 0133721760,” katanya.

TAGS