Ketua Bahagian parti Warisan terbunuh dirempuh kereta

Ketua Bahagian parti Warisan terbunuh dirempuh kereta

Ketua Bahagian Libaran Parti Warisan Sabah (Warisan) terbunuh ketika sedang minum di sebuah restoran di Bandar Utama di Sandakan selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis SUV merempuhnya.

Aris Malayu, 56, mati di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Sumber mengatakan pemandu berusia 61 tahun itu meletakkan kenderaannya di tempat yang ditetapkan, ketika kejadian dia kehilangan kawalan pemaduan dan secara secara tidak sengaja melangkah kenderaan melanggar mangsa.

Kenderaan SUV yang dipandu suspek melanggar Aris, yang duduk di meja yang terletak berentangan dengan kawasan letak kenderaan di hadapannya.

Tubuh mangsa tersepit di antara kereta dan tiang.

Dalam siasatan didapati pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol tetapi sampel ujian darah telah diambil untuk siasatan lanjut.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengucapkan takziah kepada keluarga Aris.

Beliau juga menasihatkan penyokong tidak membuat sebarang spekulasi tentang kemalangan itu.

“Biarkan polis melakukan tugas mereka dan menyiasat kes itu,” katanya seperti dilapor Staronline.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dijangka memberi sidang akhbar mengenai kes itu dalam waktu terdekat hari ini.

CATEGORIES