Ketua Hakim Negara disarankan agar berundur

Hanipa cadang supaya Ketua Hakim Negara pertimbang undur diri.

 

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Raus Sharif disarankan agar mempertimbangkan agar meletakkan jawatan sebelum apa-apa tekanan dikenakan ke atas beliau,  kata ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

“Pada hemat saya, wajar letak jawatan serta merta sebelum diambil tindakan ditribunalkan atau dipecat!

“Seperi yang kita tahu, pelantikan beliau berselirat dengan kontroversi yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan-our highest law of the land,” kata Hanipa dalam satu kenyataannya.

Bagi pandangan Hanipa, Raus hanya sesuai jadi ketua hakim negara bagi era BN, bukan era PH.

“PH, insyaAllah akan buat satu reformasi ke atas badan kehakiman dan saya tak nampak the present CJ masih sesuai untuk berkhidmat dalam persekitaran baru itu nanti,” katanya.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0