Ketua hakim negara letak jawatan kuat kuasa 31 Julai

Ketua hakim negara letak jawatan kuat kuasa 31 Julai

Tun Raus Sharif meletakan jawatan sebagai ketua hakim negara manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula berundur sebagai presiden Mahkamah Rayuan berkuat kuasa pada 31 Julai 2018.

Kedua-dua mereka telah mengutuskan surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang
di-Pertuan Agong pada 7 Jun lalu.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia hari ini peletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun 2018.

Perkara itu dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara bertarikh 11 Jun 2018.

Pejabat Ketua Pendaftar juga berkata pada 15 Mei lalu Raus dan Zulkefli bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahthir Mohamad dan menyampaikan hasrat berundur.

“Bagaimanapun, Yang Amat Arif-Yang Amat Arif telah memaklumkan kepada YAB perdana menteri bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan,” jelas kenyataan itu.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS