Ketua jabatan bersubahat akan digugurkan, kata Mahathir

Ketua jabatan bersubahat akan digugurkan, kata Mahathir

Kerajaan Pakatan Harapan akan mengugurkan beberapa ketua jabatan yang didapati bersubahat melakukan perkara yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat dan negara di era pemerintahan Umno-BN.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara langkah awal pembaharuan yang akan dilaksanakan beliau sebaik dilantik mengetuai kerajaan adalah memastikan pentadbiran kerajaan tidak terpalit dengan amalan yang boleh merosakkan.

“Ketua-ketua jabatan tertentu mesti digugurkan. Saya dapati sesetengahnya bersubahat dan membantu pemimpin terdahulu yang kleptokrasi.

“Sesetengah orang yang rapat dengan saya dikunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ada juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysi (SPRM) dan mereka dikenakan cukai tambahan (ketika pentadbiran kerajaan terdahulu).

“Saya akan pulangkan semula (duit mereka),” katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh, semalam.

Dr Mahathir berkata, negara juga ketika ini dibelenggu masalah pengurusan kewangan, selepas Bank Negara mendapati jumlah keseluruhan hutang yang dipinjam kerajaan terdahulu daripada institusi kewangan berjumlah hampir RM800 bilion.

“Tetapi sebenarnya saya jangka jumlah yang tersembunyi dipercayai mencecah RM1 trilion,” katanya.

CATEGORIES
TAGS