Ketua Menteri baru Sarawak dijangka angkat sumpah esok

Ketua Menteri baru Sarawak dijangka angkat sumpah esok

Ketua Menteri baru Sarawak dijangka akan mengangkat sumpah esok kerana kerajaan negeri tidak boleh berfungsi tanpa ketua menteri dan tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri itu untuk melantik pemangku ketua menteri, lapor The Borneo Post.

Tiga calon ketua menteri Sarawak iaitu (dari kiri) Awang Tengah Abang Johari and Uggah.

Ketua Menteri baru Sarawak dijangka akan mengangkat sumpah esok kerana kerajaan negeri tidak boleh berfungsi tanpa ketua menteri dan tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri itu untuk melantik pemangku ketua menteri, lapor The Borneo Post.

Perkara ini didedahkan sumber yang pakar dengan undang-undang negeri khususnya ketika berlaku kematian ketua menteri atau ketua menteri meletak jawatan, kabinet negeri meletak jawatan atau perlu meletakkan jawatan.

Ekoran kematian ketua menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Rabu lalu, negeri Sarawak secara teknikal diperintah oleh ‘kerajaan sementara’ yang mendorong pelantikan ketua menteri baru disegerakan.

“Pada asasnya tidak ada kerajaan yang memerintah negeri apabila ketua menteri meninggal dunia sehingga ketua menteri yang baru dilantik. Sementara menunggu ketua menteri baru dilantik, kerajaan sedia ada hanyalah ‘kerajaan sementara’ (caretaker government).

“Bagaimanapun dalam situasi begini, secara kebiasaan, ketua negeri (Yang di-Pertua Negeri) boleh melantik seseorang untuk mentadbir negeri sebagai kerajaan sementara, oleh itu ada seseorang yang ditugaskan sementara menunggu parti yang memerintah mencari pengganti (ketua menteri),” jelas sumber.

Secara kebiasaan, ketua menteri dipilih daripada parti terbesar negeri iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tiga nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Adenan ialah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Datuk Amar Douglas Uggah Embas and Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Abang Johari ialah timbalan presiden parti manakala Unggah dan Awang Tengah ialah naib presiden kanan.

Sumber menyebut Yang di-Pertua Negeri mempunyai budibicara penuh melantik ketua menteri baru.

“Pelaksanaan budibicara beliau tidak boleh dicabar di mahkamah. Ini bermaksud Tun (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) yang membuat keputusan,” jelas sumber.

TAGS