Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ketua Menteri Melaka baharu angkat sumpah Jumaat ini

Ketua Menteri Melaka baharu angkat sumpah Jumaat ini

MALAYSIADATELINEMarch 4, 2020 8:03 pm




Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob bersetuju supaya Istiadat Mengangkat Sumpah Ketua Menteri Melaka yang baharu diadakan pada 6 Mac depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hasan menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

“Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Teutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, bersetuju supaya Istiadat Pengurnian Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 diadakan pada 6 Mac 2020.

“TYT turut bersetuju Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pelantikan,” katanya.

Istiadat itu akan diadakan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT di Kompleks Seri Negeri, di sini.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan rasmi mengenai tokoh yang dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production