Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ketua Menteri Melaka cadang bubar Dun

Ketua Menteri Melaka cadang bubar Dun

MALAYSIADATLEINEMarch 2, 2020 6:28 pm




Dewan Undangan Negeri Melaka (Dun) dijangka akan dibubarkan susulan krisis kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu dengan terbentuknya gabungan kerajaan baharu di peringkat pusat.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, di bawah Perlembagaan Negeri Melaka, merujuk kepada peruntukan di bawah Perkara 7(4) yang memberi kuasa kepada seorang Ketua Menteri untuk membolehkan membubarkan Dun.

“Di bawah peruntukan itu menyatakan : “Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangana besar Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri hendaklah meletakka njawatan Majlis Mesyuarat Kerjaaan, melainkan jika atas permintaannya Yang Dipertuan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri.”, katanya dalam kenyataan petang ini.

Justeru kata Adly berdasarkan peruntukan tersebut beliau telah mencadangkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk SeriDr. Mohd Khalil Yaakob untuk membubarkan Dun Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Hari ini media melaporkan kerajaan Negeri Melaka akan tumbang susulan 3 wakil rakyat Bersatu dan 1 dari DAP menyertai gabungan Muafakat Nasional.

Satu sidang media diadakan hari ini yang dipengerusikan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Raof Jusuh yang menyatakan gabungan diberi nama Perikatan Nasional itu akan membentuk kerajaan baharu di Melaka dan seorang menteri besar baharu akan dilantik dalam masa terdekat.

BN di Melaka mempunyai 13 kerusi Dun, kini bergabung denan empat lagi Adun Bersatu dan DAP di negeri itu.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Kisah Bangla mati, Sahalam dan bhabi

Pakej bantuan ekonomi diumum Muhyiddin abai industri pelancongan

PN yang bergaduh tapi DAP jadi ‘punching bag’ tutup kelemahan pentadbiran

Warkah buat Ketua Pengarah Kesihatan

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production