Malaysia Dateline

Ketua Menteri Pulau Pinang dapat undi tertinggi

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi DAP yang disandang sejak 1999 dengan meraih jumlah undi tertinggi iaitu 1,211.

Pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2021-2024 itu juga menyaksikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh mendapat undi kedua tertinggi sebanyak 1,041 undi.

Adiknya, Phee Boon Chee selain adik perempuan kepada Setiausaha Agung parti pusat Lim Guan Eng, Lim Hui Ying turut kekal dalam jawatankuasa negeri.

Sejumlah 1,608 undi diberikan kepada 44 calon yang bertanding dan hanya 15 calon yang mendapat undi tertinggi dipilih menduduki jawatankuasa negeri manakala lima lantikan tambahan dibuat Jawatankuasa Tertinggi selepas pemilihan tersebut.

Keputusan penuh adalah seperti berikut:

1. Chow Kon Yeow 1,211
2. Phee Boon Poh 1,041
3. Lay Hock Peng 1,038
4. Lim Hui Ying 980
5. Zairil Khir Johari 920
6. Teh Lai Heng 916
7. Steven Sim 890
8. H’ng Mooi Lye 888
9. P. Ramasamy 826
10. Soon Lip Chee 811
11. Yeoh Soon Hin 773
12. Wong Hon Wai 735
13. Phee Boon Chee 734
14. Rayer 659
15. Jagdeep Singh 655