Malaysia Dateline

Ketua Pemuda AMANAH disahkan positif

Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin dimaklumkan telah disahkan positif COVID-19 di mana keadaan beliau sekarang berada pada tahap 4.

Menurut Setiausaha Pemuda AMANAH Asim Abdullah Ainullotfi keadaan Shazni agak kritikal dan lemah memerlukan oksigen.

Anak serta isteri beliau turut disahkan positif bagaimanapun sedang menjalani kuarantin wajib di rumah sementara menunggu arahan seterusnya daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami mohon doa dan sokongan daripada semua agar kondisi beliau segera pulih. Dalam masa yang sama, bagi meringankan bantuan keluarga beliau berhadapan dengan ujian ini, mana-mana sahabat yang ingin membantu, boleh disalurkan bantuan terus ke isteri beliau.

“No. Acc: 1642 2155 9968 (MAYBANK) Nama: Zarith Noor Abdul Kahar. Mohon doa dan sokongan semua,” kata beliau.