Ketua Pemuda Pas Kelantan bagai anak kecil lepas menyusu – Husam

Ketua Pemuda Pas Kelantan bagai anak kecil lepas menyusu – Husam

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Salor, Datuk Husam Musa membidas kenyataan Ketua Pemuda Pas  Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang mendesak beliau meletakkan dua jawatannya sebagai Adun dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Adun Salor  Datuk Husam MusaAhli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Salor, Datuk Husam Musa membidas kenyataan Ketua Pemuda Pas  Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang mendesak beliau meletakkan dua jawatannya sebagai Adun dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Menurut Husam, Pemuda Pas Kelantan gagal memahami isu berlaku berkaitan usul pindaan Akta 355 yang membabitkan dua pemimpin, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan.

“ Di bawah konsep akauntabiliti yang juga satu dari teras ‘Membangun Bersama Islam’, seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya, apa lagi bila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi.

“ Sefaham saya, menerusi roadmap pelaksanaan undang-undang syariah oleh Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, tidak ada cadangan bill persendirian 355 diputuskan.

“Ini bermakna apabila ada individu yang mempengaruhi Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk membawa usul persendirian itu dan langsung tidak dirujuk pada parti terlebih dahulu, mereka perlu bertanggung jawab atas kegagalan bill itu dibentangkan seperti dijanjikan sampai hari ini.

“ Bahkan, membawa usul secara pramatang telah melenyapkan atau merosakkan roadmap asal. Ia lebih membawa kegagalan berbanding kejayaan,” ujar Husam.

Jelasnya lagi tindakan tergesa-gesa itu lebih bersifat riya’ dan agenda peribadi.

“ Sudah hampir setahun berlalu sejak usul persendirian itu difailkan tetapi ternyata hingga kini, ia gagal dibentangkan.

“Ini menunjukkan, tidaklah rugi jika tindakan itu ditangguhkan pada masa itu dan dibincangkan secara lebih masak dan diputuskan secara kolektif, “ terangnya lagi.
Lantas Husan berkata, Ketua Pemuda Pas Kelantan seolah anak kecil yang belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung.

“Anda gagal menarik minat anak muda yang kritis dan juga gagal mempamerkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan neraca kebenaran dan bukannya asobiyyah kelompok.

“Saya hairan, jika Ketua Pemuda Pas berani, kenapa beliau tidak hadir mewakili Kerajaan Negeri dalam forum itu,” soal Husam lagi.

Ketua Pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli ShaariDalam satu kenyataan dipetik Pemuda Pas Kelantan membuat serangan balas dengan menggesa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Kenyataan dibuat setelah Husam membuat gesaan supaya dua pemimpin, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanggungjawab termasuk mempertimbangkan meletak jawatan dalam parti setelah gagal membawa usul pindaan Akta 355 di Parlimen.

Ahmad Fadhli  berkata, Husam perlu meletak dua jawatan itu kerana tidak lagi membantu untuk mengukuh kerajaan dan parti.

“Hakikatnya desakan beliau agar Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin meletak jawatan hanya untuk menarik perhatian orang ramai sahaja,” katanya.

TAGS