Ketua Pemuda PBS letak jawatan akan sertai Parti Warisan Sabah?

Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jake Nointin mengumumkan keluar dari parti itu dan dijangka akan menyertai parti pembangkang di Sabah.

Dalam sidang media diadakan hari ini, beliau dipetik memberitahu  bahawa beliau meletakan jawatan kerana tidak lagi berpuas hati dengan arahan atasan pimpinan PBS.

Nointin, berkata, PBS telah kehilangan arah di bawah Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

“Kepimpinan sekarang seolah-olah tidak lagi tertumpu pada prinsip teras dan tujuan asalnya, dan kerana itu, saya telah memutuskan untuk meninggalkan parti ini,” kata Nointin.

Beliau juga berkata bahawa dia tidak mempunyai rancangan segera untuk menyertai mana-mana parti.

Bagaimanapun dikatakan berkemungkinan akan menyertai Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,

Lapor  Staronline pemimpin PBS lain gagal dihubungi bagi mendapatkan komen mengenai peletakan jawatan Nointin.

PBS adalah salah satu daripada 14 parti komponen dalam  Barisan Nasional (BN).

CATEGORIES
TAGS