Malaysia Dateline

Ketua Pemuda PH sahkan positif Covid-19

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas demam panas dan sakit amat sangat di kepala.

Dalam satu ciapan di Twitter beliau, Ketua Pemuda AMANAH itu kini sedang menunggu arahan seterusnya dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk menjalani rawatan seterusnya.

“Setelah demam panas dan sakit yang amat sangat di kepala dan seluruh anggota badan, dengan penuh dukacita saya disahkan positif Covid-19.

“Kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada PKD. Mohon doa rakan-rakan agar saya dan keluarga kuat menghadapi ujian sakit ini,” kata Shazni menerusi Twitter beliau lewat petang semalam.