Malaysia Dateline

Ketua Pemuda Umno Tampin maut serangan jantung

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tampin, Muhammad Hafez Hezmi meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilapor berkata, Allahyarham maut di kediamannya di Krubong, Melaka.

“Saya dapat maklumat Muhammad Hafez telah pergi awal pagi tadi, satu berita yang mengejutkan kerana kali terakhir saya jumpa dia semalam sewaktu penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka, arwah nampak sihat.

“Malam tadi pun saya dimaklumkan arwah sempat mengadakan perbincangan bersama jentera Umno Bahagian Tampin. Pemergiannya satu kehilangan besar kepada parti,” katanya dipetik Bernama.

Allayarham Hafez, 38, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.