Malaysia Dateline

Ketua perisik Mesir jumpa Natanyahu di Israel kejutkan dunia Islam

Kelmarin, dunia Islam dikejutkan dengan berita bahwa ketua Ajensi Perkhidmatan Perisikan Umum Mesir telah melawat Perdana Menteri Rejim Zionist di BaitulMaqdis yang ditakluki.

Pertemuan itu membincangkan hal-hal bagi mengukuhkan kerjasama dan isu serantau. Tindakan Ajensi Perisikan Mesir jelas sebagai sebuah pengkhianatan terhadap penduduk Palestin dan Islam secara umumnya.

Dalam pertemuan mereka semalam, Perdana Menteri Rejim Haram Israel, Benjamin Netanyahu bertemu dengan ketua Perkhidmatan Perisikan Umum Mesir, Abbas Kamel dan delegasi pegawai kanan senior di Kediaman Perdana Menteri di Jurusalem,

Kedua-duanya membincangkan pengukuhan kerjasama antara Israel dan Mesir, serta isu-isu serantau.

Mereka saling memuji hubungan dan persefahaman serta usaha bersama dalam pelbagai isu keselamatan dan diplomatik.

Perdana Menteri Netanyahu turut menyuarakan permintaan Israel untuk segera mengembalikan tentera dan orang awam yang ditahan di Semenanjung Gaza.

Juga turut dibincangkan hal mekanisme dan proses untuk mencegah kekuatan Hamas dan penggunaan sumbernya yang akan ditujukan kepada penduduk awam pada masa akan datang.

Menteri Perisikan, Eli Cohen dan ketua Majlis Keselamatan Negara (NSC), Meir Ben-Shabbat juga turut serta dalam pertemuan itu.

Ketua NSC Ben-Shabbat dan ketua Perkhidmatan Perisikan Umum Mesir Kamel mengadakan pertemuan panjang awal pagi mengenai isu-isu yang disebutkan di atas.