Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ketua Polis Negara bertemu Mahathir

Ketua Polis Negara bertemu Mahathir

BernamaMarch 2, 2020 8:08 pm




Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini bertemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini.

Pertemuan itu berlangsung lebih sejam dan Abdul Hamid, yang disapa pemberita yang menunggu di luar yayasan itu ketika meninggalkan YKP, bagaimanapun tidak menjelaskan tujuan pertemuan tersebut.

Dr Mahathir berada di YKP sejak kira-kira 9.50 pagi, sebelum dilihat keluar pada kira-kira 12.35 tengah hari dan kembali pada kira-kira 2.30 petang.

Turut dilihat berkunjung ke YKP hari ini ialah Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin.

Tian Chua ketika ditanya mengenai kehadirannya di YKP berkata beliau tidak mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir.

“Saya di sini untuk berjumpa dengan pegawai (Dr Mahathir) bagi menyelesaikan beberapa dokumen serta sedikit perbincangan. Jadi, tolong jangan buat sebarang andaian,” katanya.

Tian Chua berkata tiada apa yang mencurigakan mengenai kehadirannya di YKP, sambil menambah beliau tidak mahu membebankan Dr Mahathir dengan perkara “berat.”

“Tiada apa yang mencurigakan… Saya tidak mahu membuang masa beliau,” katanya.

Diminta mengulas insiden semalam yang menyaksikan beliau diserang penyokong PKR, Tian Chua berkata: “Itu perkara kecil. Saya tidak mahu membesar-besarkannya. Janganlah buat sebarang spekulasi lagi… cukup-cukuplah dengan kisah lama ini.”

Tian Chua dilaporkan diserang segelintir penyokong parti di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Mengapa kilang masih beroperasi walau sudah ada kluster Covid-19?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production