Malaysia Dateline

Ketua Umno Tanjung Piai angkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara

Ketua Bahagian Umno bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah pagi tadi di hadapan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berusia 52 tahun itu adalah lantikan baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Terdahulu, cadangan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Aminolhuda Hassan, yang mencadangkan nama Dr Selahuddeen sebagai Ahli Dewan Negara ditolak.

Aminolhuda mencadangkan Selahuddeen susulan pencalonan Jefridin yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebagai mana kebiasaan.

Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat berkata, pembangkang tidak mengikut peraturan dewan kerana tidak menghantar cadangan nama Dr Selahuddeen sebagai calon Ahli Dewan Negara sebelum ini.