Cukai Makmur diperkenal kerajaan dijangka kurangkan keuntungan bank

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Berikutan ketiadaan Cukai Makmur (CM), bank tempatan dijangkan mencatat pertumbuhan keuntungan bersih teras pada suku pertama 2023.

Cukai Makmur adalah cukai khas kepada mana-mana syarikat di Malaysia yang berjaya menjana pendapatan yang luar biasa di era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik covid 19.

CGS-CIMB Research dalam nota penyelidikan memaklumkan bahawa terdapat pertumbuhan keuntungan bersih yang lebih kukuh sebanyak 17.8 peratus pada 2023.

“Walaupun lebih rendah daripada kadar 20.8 peratus yang kami ramalkan sebelum suku keempat (S4) 2022, terutamanya didorong oleh tidak berulangnya pelaksanaan Cukai Makmur.

“Satu lagi pemangkin pendapatan bagi bank pada 2023 ialah unjuran pertumbuhan kami sebanyak 13.9 peratus dalam pendapatan bukan faedah (NII).

“Ini timbul daripada penormalan pendapatan pelaburan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Firma penyelidikan itu menyatakan bahawa 2022 bukanlah tahun yang menggembirakan bagi bank domestik kerana mereka menghadapi kadar cukai yang lebih tinggi dengan Cukai Makmur.

CGS-CIMB Research menganggarkan bahawa Cukai Makmur telah menurunkan keuntungan bersih 2022 bank domestik sebanyak 7.0 peratus lapor Berita Harian.

“Sebelum ini, ini menyebabkan kami bimbang tentang risiko pertumbuhan keuntungan bank domestik merosot teruk pada 2022.

“Bagaimanapun, bank berjaya menghasilkan pertumbuhan untung bersih sebanyak 4.4 peratus pada 2022, lebih tinggi daripada kadar unjuran kami sebanyak 2.8 peratus.

“Ini dibantu oleh peningkatan 9.1 peratus dalam NII yang timbul daripada pengembangan dalam NIM berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan kejatuhan 33.5 peratus dalam peruntukan kerugian pinjaman,” kata firma penyelidikan itu.

Seterusnya, CGS-CIMB Research membayangkan dua cabaran untuk bank pada Q1 2023: potensi pemampatan QoQ dalam NIM, terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga semula kadar deposit tetap, dan pertumbuhan tinggi (sekitar 10 peratus tahun ke tahun) dalam overhed.

“Walaupun begitu, kami masih menjangkakan pertumbuhan positif dalam Q1 2023 CNP bank domestik sebanyak 9.0 hingga 11 peratus tahun ke tahun (YoY), disokong oleh ketiadaan cukai CM dan pendapatan bukan faedah yang lebih tinggi,” kata firma penyelidikan itu.

Mengenai kesan penutupan Silicon Valley Bank (SVB), CGS-CIMB Research berkata ia akan memberi impak minimum kepada pendapatan bank di negara ini berikutan pendedahan mereka yang tidak seberapa kepada Amerika Syarikat (AS).

“Penjualan saham perbankan baru-baru ini akan mewakili peluang pembelian untuk bank.

“Pilihan sektor utama kami ialah RHB Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd dan Public Bank Bhd,” kata firma itu.

Baca juga: Anwar cuba sendiri Menu Siswa Rahmah