Keuntungan bersih Gas Malaysia meningkat kepada RM49 juta pada Q2

Keuntungan bersih Gas Malaysia meningkat kepada RM49 juta pada Q2

Kuntungan bersih Gas Malaysia Bhd meningkat kepada RM49.01 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun, 2019 berbanding RM48.07 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat 15.5 peratus kepada RM1.74 bilion berbanding RM1.5 bilion sebelumnya, terutama disebabkan oleh kenaikan harga gas asli dan tarif gas asli yang lebih tinggi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Untuk tempoh enam bulan, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM90.18 juta berbanding RM88.29 juta, manakala hasil meningkat 17.5 peratus kepada RM3.45 bilion berbanding RM2.94 bilion.

Gas Malaysia menjangkakan peningkatan tahunan dalam jumlah jualan gas asli dan bilangan pelanggan akan bertahan dalam tahun kewangan 2019.

“Keuntungan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 dijangka seiring dengan tahap yang mencerminkan rangka kerja mekanisme penetapan tarif yang lazim,” katanya.– BERNAMA