Malaysia Dateline

Keupayaan PH terajui kepimpinan meyakinkan pengundi Tanjung Piai

Sejak menerajui kepimpinan negara, keupayaan Pakatan Harapan (PH) untuk membanteras amalan rasuah dan korupsi serta penyelewengan begitu ketara.

Begitu juga dengan pelbagai usaha bagi memastikan kedudukan ekonomi negara berada dalam keadaan yang lebih diyakini oleh pelabur tempatan maupun luar negara.

Mohd Khairizal Khazali

Sejajar dengan itu, PH optimis akan dapat mengembalikan kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Pial November ini.

Demikian dizahirkan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Mohd Khairizal Khazali.

“Pengumuman awal calon yang akan mewakili PH turut membuktikan bahawa PH amat yakin dengan calon yang telah dipilih.

“Manakala ketidakyakinan Barisan Nasional(BN) begitu terserlah apabila mereka masih belum berani mengumumkan calon walaupun telah dicanang-canang sebelum ini.

“Sementara itu pengumuman Parti Gerakan yang meletakkan calon wanitanya amat dialu-alukan sebagai amalan demokrasi dalam negara ini, ” jelas Khairizal lagi.

Tegasnya, keyakinan rakyat terhadap PH tidak dapat dinafikan dan terbukti apabila rakyat menerima baik pembentangan bajet 2020 baru-baru ini.

“Secara tidak langsung, PH sudah mempunyai deposit yang tinggi untuk memenangi PRK Tanjung Pial kali ini.

“Cumanya harapan pengundi kaum Melayu akan bercambah dalam PRK kali ini.

Kekuatan yang ada dalam komponen empat parti PH iaitu AMANAH, Bersatu, PKR dan Dap mampu untuk mengembalikan kemenangan yang lalu.

Yang pasti tambah beliau, kesepakatan yang ada mesti direalisasikan dengan mengenepikan segala perbezaan sedia ada demi memastikan kemenangan PH.

Ujarnya, kemenangan PH amat besar ertinya bagi kerusi Tanjung Pial bagi meneruskan kesinambungan perjuangan membela nasib rakyat.

Malah katanya kesepaduan antara AMANAH, Bersatu, PKR dan Dap turut menguatkan lagi keyakinan rakyat untuk terus mendokong kepimpinan PH dengan mengekalkan kemenangan dalam PRK kali ini.