Malaysia Dateline

Kewajaran darurat: Hujah kepada Menteri Wilayah Persekutuan

Semalam 24 Oktober lalu, Menteri Wilayah Persekutuan ada buat hantaran seperti di bawah (hari ini dah tiada pula posting itu). Mungkin langgar protokol kerajaan untuk minta nasihat populis daripada rakyat sedangkan Kamar Peguam Negara masih wujud dan justeru dinasihati untuk deletekan posting itu.

Nasib baik tiada Error 404 dikeluarkan oleh Facebook. Apa pun sepatutnya sebagai Menteri mesti konsisten untuk pertahankan kenyataan sendiri.

Isu yang dibangkitkan adalah menggunakan perisytiharan darurat sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya Batu Sapi di Sabah dan PRN Sarawak.

Alasan Covid-19 tidak patut dijadikan alasan untuk menangguhkan pilihan raya. Hak rakyat setempat untuk diwakili tidak patut dilengah-lengahkan.

Menggunakan alasan statistik Covid-19 meningkat kerana berlaku pilihan raya adalah tidak tepat. Pilihan raya tidak meningkatkan pesakit Covid-19.

Yang meningkatkan pesakit Covid-19 adalah kempen pilihan raya raya apabila petugas parti ke sana dan ke sini tanpa mengikut SOP.

Justeru, semasa Covid-19 ini SPR dan PDRM boleh untuk tidak mengeluarkan permit kempen atau berhimpun untuk berkempen.

Selain itu, gunakanlah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 khasnya berkaitan peraturan yang mendefinisikan siapakah pengundi pos itu.

Peraturan 3(e) Peraturan Pengundian Pos itu memberikan kuasa kepada SPR untuk mewartakan siapakah pengundi pos itu. Cadangan saya adalah supaya SPR mewartakan semua pengundi Batu Sapi sebagai pengundi pos dan SPR kemudiannya boleh menghantar sampul pengundi pos itu kepada semua pengundi. Dengan itu, tiada lagi pengundian fizikal perlu dilakukan.

Mungkin ada pihak yang mempertikaikan ketelusan undi pos. Undi pos ini ada mekanisme tersendiri untuk mengelakkan penipuan dan pembelian undi. Apa pun, cadangan ini adalah berbentuk sementara bagi tempoh Covid-19 ini sahaja bagi PRK Batu Sapi.

Langkah yang lebih drastik adalah menggubal Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Digital) 2020. Melalui peraturan ini kelak akan memberikan kuasa kepada SPR untuk mengendalikan pengundian secara elektronik.

Pengundian secara elektronik boleh menjimatkan masa pengundian dan masa pengiraan undi. Keputusan pilihan raya boleh diketahui dalam tempoh beberapa minit setelah proses pengundian ditutup dan boleh dipancarkan secara langsung di televisyen untuk menjamin ketelusan.

Kod rahsia pengundian secara elektronik boleh dihantar ke telefon pengundi sama seperti yang kita gunakan sekarang dalam sistem perbankan digital. Apakah selama ini ada sesiapa yang mengadu kehilangan wang akibat transaksi perbankan secara online?

Berbilion setiap hari wang bertukar tangan dan berjuta transaksi satu hari dilakukan tetapi tiada pun komplen kehilangan wang. Ini menunjukkan integriti sistem perbankan online yang boleh dipelajari oleh SPR.

Saya jangkakan kos untuk electronic voting ini adalah hanya 30% daripada belanja untuk sistem pengundian secara fizikal kerana kos logistik, hotel, makan minum, kertas dapat dijimatkan secara maksima. Ini penjimatan besar bagi kerajaan yang perlu mengeluarkan belanja hampir 2 bilion untuk PRU-15.

Isu sebenar mengenai electronic voting adalah ‘trust’ sama ada undi itu dapat dimanipulasikan atau tidak. Bagi saya isu itu boleh diselesaikan sekiranya ada audit trail dilakukan dan penggunaan sistem kripto.

Isu ketiga yang dibangkitkan oleh Menteri Wilayah adalah cubaan untuk mengemukakan undi tidak percaya. Undi tidak percaya itu adalah sebahagian daripada perlembagaan.

Kenapa perlu takut dengan undi tidak percaya. Jika sudah tahu majoriti ahli dewan tidak percaya maka cara terbaik adalah meletakkan jawatan dan bukan mempertahankan jawatan atas nama darurat. Ini namanya merompak hak perlembagaan di siang hari.

Kalau sudah diundi tidak percaya, jalannya adalah meletakkan jawatan. Permintaan untuk pembubaran itu hanyalah pilihan dan jika YDPA tidak berkenan maka tiada pembubaran. Bila tiada pembubaran maka tiada isu berkaitan pilihan raya umum.

Usah ditekan YDPA untuk membubarkan Parlimen tatkala Covid ini masih mengancam. Kasihanilah rakyat dan letakkan jawatan secara bermaruah. Hidup belum berakhir bagi anda jika ditakdirkan tidak lagi menjadi menteri.

 

*DR. ZULQARNAIN LUKMAN merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH.

Annuar Musa Mendedahkan Kenapa Darurat Diadakan

Oleh Tan Sri Annuar Musa

Kpd sahabat saya yg punya ilmu undang undang,terutama “constitutional experts”..bantu saya mencari jawapan perkara berikut,yg berkait dgn ketakutan rakyat terhadap penularan COVID-19:

1)PRK Bt Sapi wajib di adakan dlm tempoh 60hari dari kekosongan..Tapi rakyat minta PRK di tangguhkan dan pegawai takut utk ke zon merah.

2)Tempoh DUN Swak tamat beberapa bulan lagi dan PRN wajib di adakan.Namun semua orang takut apa yg berlaku di Sabah selepas PRN menimpa swak.Mereka minta PRN di tangguh dulu.

3)Pelbagai pihak mengugut mau menjatuhkan Perdana Menteri melalui sidang parlimen bulan depan.Jika itu berlaku maka PM boleh bubarkan parlimen dan PRU perlu di adakan.Tetapi rakyat tidak mahu pilihanraya di adakan kerana takut merebaknya COVID-19…

Undang undang mana boleh di pakai utk menangguh pilihanraya supaya KITA DAPAT MEMPASTIKAN COVID-19 terkawal dan tidak mengancam nyawa rakyat.

Kini beribu rakyat di hospital.Beribu frontliners dan anggota keselamatan terpaksa menjalani kurentin.Berbillion dana negara terpaksa di belanjakan.Itu dlm keadaan Msia di iktiraf dunia sbg negara paling berjaya mengekang penularan wabak ini..Bagaimana agaknya kalau dlm tempuh dua tiga bulan ini kita mendahulukan perebutan kuasa politik demi demokrasi di saat rakyat sedang bertarung nyawa dgn ancaman COVID-19..
Kuasa apa dan undang undang undang mana boleh kita tangguh perebutan kuasa ini??

Terima kaseh atas nasihat perundangan yg bakal di beri….
Kini jelas sudah kenapa undang-undang darurat kesihatan atau politik terpaksa dikuatkuasakan.

Ternyata ada pihak yang tidak berpuas hati pada pentadbiran yang semakin diterima oleh rakyat hanya kerana ingin terlepas dari sesuatu yang akan menyusahkan mereka.

Dan boleh saja halangan itu datang dari orang-orang yang tamakkan kuasa tanpa memikirkan keharmonian atau kesihatan orang lain.

#PoliticalLockdown