Umno guna ‘politik takut’ pilihan akhir untuk kekal kuasa, kata Pemuda Amanah

 

Parti melayu tertua Umno terpaksa mencipta senjata baharu dalam politik tanahair iaitu  ‘politik takut’ atau ‘politik of fear’ sebagai pilihan terakhir untuk terus berkuasa.

Ini ekoran kelulusan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 selain POTA dan SOSMA yang kononnya atas tujuan keselamatan negara.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah)  Faiz Fadzil berkata, tiada langsung tanda keselamatan negara akan terancam.

“Sudah tentu ada muslihat tertentu atau ‘ulterior motive’ RUU MKN ini dibentangkan secara mengejut. Undang-undang baharu ini jika diluluskan  dan dilaksanakan  kelak akan memberikan kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk menisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan  keselamatan yang mana pasukan bersenjata di bawah MKN akan mengawal penuh kawasan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Faiz berkata, krisis yang melanda Umno kini semakin parah dengan ruang demokrasi dlihat semakin tertutup. Malah keyakinan parti tertua orang Melayu  itu kononnya mampu membela nasib bangsa kini semakin diragui.

Katanya rakyat tidak perlu mengharapkan Umno lagi ekoran parti itu berjuang  atas dasar perkauman Melayu yang dilihat tidak mampu membela nasib Melayu.

“Bagaimana hendak diharapka dapat membela nasih kaum terbesar di negara ini jika  nasib Timbalan Presidennya sendiri pun tidak mampu dibela oleh 3 juta ahlinya.

“Krisis yang melanda Umno kini semakin parah dengan ruang demokrasi kini dilihat semakin tertutup,” ujarnya.

Malah beliau menegaskan,  retorik Umno untuk mempertahankan keistimewaan Melayu juga semakin terhakis sekiranya TPPA dilaksanakan kelak.

“Usahlah diharapkan Umno untuk mempertahankaan asset negara  yang biasanya dikawan orang Melayu jika saham EDRA dijual kepada syarikat asing dan bukan kepada TNB. Malah tiada penentangan Umno terhadap langkah 1MDB,” ujarnya.

 

 

TAGS