Malaysia Dateline

Khabar angin kerajaan Sabah bertukar tetapi GRS nafi

Berikutan satu mesej telah disebarkan di media sosial pada hari Ahad yang mendakwa bahawa Warisan telah mendapat sokongan ADUN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) bagaimanapuan Kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menafikan desas desus itu.

Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai berkata,d esas-desus mengenai perubahan pemerintahan yang akan berlaku di Sabah dan mendakwa bahawa Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Shafie Apdal sekali lagi akan dilantik sebagai ketua menteri adalah tidak berasas.

Bahkan beliau menegaskan kerajaan negeri GRS sekarang adalah stabil.

Sementara itu, Menteri Kewangan II Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mengatakan tidak ada apa-apa untuk mengulas mengenai khabar angin tersebut.

Baru-baru ini Shafie telah menyatakan kesediaannya untuk bekerja dengan PBS.

Bekas ketua menteri itu mengatakan bahawa dia akan senang bekerjasama dengan parti tempatan seperti PBS dan dia menyedari sentimen parti itu.

Sebagai tindak balas, Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengatakan PBS adalah parti berbilang kaum yang sentiasa terbuka untuk kerjasama politik dengan mana-mana parti yang berpangkalan di Sabah untuk kepentingan rakyat Sabah.

Ongkili berkata PBS komited untuk GRS yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan kerajaan persekutuan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

GRS telah memperoleh 48 kerusi dari 79 kerusi di Dewan Undangan Negeri, sedangkan pembangkang yang dipimpin Warisan mempunyai 30 kerusi.

Satu kerusi DUN masih kosong sementara menunggu pilihan raya kecil.