Malaysia Dateline

Khairuddin bukan saja ke Parlimen masa kuarantin tetapi seluruh negara

Isu Menteri Perikatan Nasional (PN) yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara, terus menjadi pertikaian orang ramai.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikatakan telah berkunjung je Turki pada 3 hingga 7 Julai atas urusan tidak rasmi dan dilihat hadir ke sidang Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu.

Malah, sekiranya diperhatikan dari muatnaik status Facebooknya, Khairuddin didapati telah melawati beberapa buah negeri di antara 8 Julai sehingga 22 julai iaitu tempoh sepatutnya beliau menjalani kuarantin wajib.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, Khairuddin telah menghadiri 12 program dan mesyuarat sepanjang 14 hari beliau sepatutnya dikuarantinkan selepas pulang dari Turki.

“Jika dia dijangkiti Covid-19, dia akan jejaskan kesihatan beribu-ribu orang dan mungkin wujud ‘kluster Khairuddin Takiri,” tulis Teresa melalui Twitter beliau.

Pengguna Twitter Mohd Mukhlis berkata, Mohd Khairuddin telah menghadiri tidak kurang dari 10 majlis awam dan mempunyai kontak dengan beribu penduduk Terengganu sehingga ke Melaka.

“Dalam masa kuarantin wajib, at-Takiri (Khairuddin) dari 8 hingga 22 Julai (balik berlibur di Turki pada 7 Julai); dia hadir tak kurang dari 10 acara publik yang ada ‘contact tracing’ dengan beribu-ribu penduduk dari Terengganu sampai ke Melaka.

“Kenapa nak bebankan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?,” soalnya dalam satu siri hantaran Twitter hari ini.

Untuk rekod, pada 10 Julai, ahli Parlimen Kuala Nerus itu telah merasmikan kursus asas pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan di Duyong Marina Resort, Terengganu.

Pada 15 Julai pula, beliau menghadiri program di Selandar Melaka.

Manakala pada 17, 18, 19 dan 20 Julai, beliau menghadiri beberapa program yang diadakan di Terengganu termasuk di kawasannya sendiri di Kuala Nerus.

SEBAHAGIAN PROGRAM KHAIRUDDIN SEPANJANG 14 HARI KUARANTIN BERDASARKAN FACEBOOK BELIAU (Dari 7 – 21 Julai 2020)

10 Julai- Majlis Perasmian Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan- Duyong Marina Resort, Terengganu.
13 Julai- sidang Parlimen
14 Julai – Terima lawatan Tuan Stanley Liew, Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia di Parlimen.
15 Julai- Kaedah Inokulasi-maksimumkan Penghasilan Bahan Gaharu di Jasin, Melaka
16 Julai- sidang Parlimen
18 Julai –  Majlis penyampaian sumbangan Inspirasi Musa’adah COVID-19 di  Pejabat Daerah Kuala Merus, bersama YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad A—Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
18 Julai — Konvoi Berbasikal sempena program [email protected] Komuniti (Info On Wheels)- Perkarangan Pasar Batu Enam, Kuala Nerus.
18 Julai — Pelancaran Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia.
18 Julai— Program JOM MSPO Negeri Terengganu, Dewan Sebarguna Tepoh, Kuala Nerus.
18 Julai — Majlis Penyerajam Bantuan Prihatin KENAF,  Penyampaian Peringkat Negeri Terengganu- Balai Raya Kg Gunung Dalam, Setiu.
18 Julai — Program di Pantai Penarak, Terengganu
19 Julai —Ziarah Mahabbah Sekitar Pulau Duyong