Khairuddin lapor interpol jejaki Jho Low dan Nik Faisal

Khairuddin lapor interpol jejaki Jho Low dan Nik Faisal

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dihadapan bangunan  ibu pejabat  interpol di Lyon, Perancis.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah membuat laporan rasmi kepada Polis Antarabangsa (Interpol) di Lyon, Perancis untuk menjejaki usahawan Jho Low dan bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil di bawah ‘red alert’.

Beliau yang kini berada di Perancis dalam kenyataannya berkata telah menyerahkan nama penuh dan pasport dua individu Malaysia yang dikenali sebagai Jho Low atau Low Taek Jho dan Nik Faisal Ariff Kamil kepada Interpol secara rasmi semalam.

“Saya telah membuat laporan secara rasmi pada pihak Polis Antarabangsa (Interpol) di ibu pejabat Interpol di Lyon, Peranchis ke atas segala pengkhianatan penyangak Jho low dan Nik Faisal Ariff Kamil dalam isu kes skandal 1MDB.

“Saya telah berbincang secara panjang lebar dengan bahagian Hal Ehwal Perundangan Interpol (Interpol Legal Affairs) untuk meletakkan penyangak jho low dan nik faisal ariff kamil di bawah ‘red alert’ bagi menjejaki seterusnya menangkap beliau untuk dibawa pulang ke Malaysia sebeberapa cepat yang termampu,” ujarnya.

Nik Faisal Ariff Kamil dilaporkan melarikan diri apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencarinya untuk membantu siasatan dalam kes membabitkan RM42juta wang SRC.

Menurut Khairuddin yang juga AJK Biro Komunikasi dan Mobilasi Pakatan Harapan ini lagi, usaha untuk menangkap dan membawa pulang Jho low dan Nik Faisal Ariff Kamil amat penting kerana ujarnya, mereka adalah ‘kunci’ utama kepada kes skandal 1MDB.

“Sekiranya kita berjaya mengesan dan membawa pulang mereka, saya amat yakin setiap butiran kes skandal 1MDB akan dapat dikenal-pasti secara terperinci.

“Apabila Jho Low dibawa pulang untuk dihadapkan ke muka pengadilan secara professional, telus serta adil; saya amat yakin pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia akan turut dapat menjejaki setiap kuncu-kuncu mereka yang terlibat dalam rompakan khazanah kerajaan serta duit rakyat selama ini melalui syarikat 1MDB,” ujarnya.

5.5
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 3.0