Khairuddin mahu cabar Salleh berdebat isu 1MDB dan Laporan Ketua Audit Negara

Khairuddin mahu cabar Salleh berdebat isu 1MDB dan Laporan Ketua Audit Negara

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu mencabar Datuk Seri Salleh Said Kruak untuk mengadakan debat mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Laporan Ketua Audit Negara melalui stesyen televisyen rasmi kerajaan.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  mahu mencabar Datuk Seri Salleh Said Kruak untuk mengadakan debat mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Laporan Ketua Audit Negara melalui stesyen televisyen rasmi kerajaan.

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu membuat gesaan berdebat berikut katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak selama ini senantiasa mempertahankan kenyataan bahawa tiada unsur salahlaku serta penyelewengan dalam kes membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru katanya, menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu, perlu menerangkan kepada rakyat melalui siaran secara lansung di stesyen televisyen rasmi kerajaan.

“Dulu ketua audit negara kata status laporan ketua audit negara akan hilang status OSA apabila laporan PAC dibentangkan di parlimen.

“Tetapi kenapa sehingga kini masih lagi mengklasifikasikan laporan ketua audit negara sebagai OSA?

“Mintalah Salleh Said Kruak menyediakan penerangan melalui siaran RTM agar seluruh rakyat dapat mengetahui segala fakta-fakta dari laporan ketua audit negara itu.

“Kalau beliau asyik ‘menegak benang yang basah’ dan hanya buat kenyataan-kenyataan yang tak masuk akal mengenai kes 1MDB, adalah lebih baik untuk beliau berdebat secara terbuka dengan saya dan biarkan 30 juta rakyat Malaysia menghakimi siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong selama ini,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Sekretariat Deklarasi Rakyat ini berkata, jika Salleh mendakwa laporan oleh Clare Brown dari Sarawak Report tidak mempunyai asas kebenarannya, sudah tiba masa ketika yang sesuai untuk beliau dan  kerajaan ujarnya, mengumumkan secara terbuka dan telus mengenai isi kandungan sebenar laporan tersebut.

“Orang tua-tua selalu kata berani kerana benar dan takut kerana salah.

“Kalau Salleh dan kerajaan tidak berani menzahirkan fakta laporan ketua audit negara secara terbuka lagi telus ini membawa erti mereka bersalah.

“Mesti ada pelbagai fakta-fakta dan unsur-unsur penyelewengan yang ingin mereka sorok dari pengetahuan rakyat jelata,” dakwanya.

Tambah beliau lagi, Salleh tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai 1MDB yang menjadi polimik bagi rakyat negara ini jika beliau tidak berani untuk menyahut cabarannya mengadakan debat.

“Beliau pada hakikatnya seorang ‘pot tin’ yang kosong tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai 1MDB yang menjadi polemik rakyat.

“Selagi beliau tak berani berdebat dengan saya, tolonglah bagi tahu kepadanya, elok duduk diam-diam cukuplah,” ujarnya.

TAGS