Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Khairuddin mahu Mujahid pastikan 4 hotel TH akan kembali kepada pendeposit, bukan pihak swasta

Khairuddin mahu Mujahid pastikan 4 hotel TH akan kembali kepada pendeposit, bukan pihak swasta

MALAYSIADATELINEFebruary 20, 2020 12:10 pm




Pas mengesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf  menjelaskan kedudukan aset umat Islam membabitkan pengambilahan pengurusan baru 4 hotel Tabung Haji (TH) kepada pengurusan UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) akan kembali kepada pendeposit TH.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, setelah 4 hotel TH diambilalih pengurusannya  oleh UJPM sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan (MoF) ia akan mendedahkan kepada potensi hotel-hotel tersebut akan dimiliki oleh pihak swasta.

“Pertamanya  adalah, begitu senang sekalikah pemindahan 4 buah hotel ini dibuat kembali sedangkan pemindahan ini adalah urus niaga rasmi yang lengkap dengan perjanjian bertulisnya, di mana UJ telah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 bilion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi ini?

“Keduanya adalah, kenyataan rasmi TH dan UJ memaklumkan bahawa langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada TH adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh UJ bagi memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Khairuddin turut mempersoalkan tujuan pengambilalihan oleh UJPM itu sekiranya untuk mengurangkan komitmen kerajaan, tetapi kebarangkalian untuk TH kembali memiliki 4 hotel milik pendeposit Islam itu menimbulkan curiga tidak dikembalikan kepada pendeposit TH.

“Jika benar tujuan pemindahan 4 buah hotel ini adalah bagi mengurangkan komitmen kerajaan, maka pastilah titik akhirnya adalah menuju kepada pihak swasta.

“Berasaskan perkiraan untung rugi dunia kapitalis apakah jaminan 4 buah hotel ini tidak akan terlepas ke tangan bukan Islam selepas ia diswastakan?

“Jelas sekali 4 buah hotel ini bukan lagi menjadi milik umat Islam yang menabung dengan TH. Hasil yang bermula dengan modal mereka dalam keadaan untung pun dipindahkan kepada pemilikan kerajaan yang tentunya mewakili Muslim dan bukan Muslim sedangkan ia sepatutnya kekal menjadi milik Muslim kerana ia bermula dengan Muslim dan menjadi aset umat Islam dalam keadaan ia masih untung.” ujarnya.

Semalam Pas turut mendedahkan TH Hotel Terengganu mencatatkan peningkatan keuntungan setiap tahun itu turut dipersoalkan mengapa hotel itu berada dalam senarai hotel yang dipindah pengurusan kepada UJPM.

Pada Selasa Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan pengambilalihan 4 hotel TH membabitkan  TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Penang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu.

Di bawah pengurusan UJPM itu hotel-hotel berkenaan akan dikenali sebagai Hotel Raia pada April 2020 depan.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production