Malaysia Dateline

Khairuddin nafi kahwin dengan Mawar

Ahli Parlimen Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau nafi berkahwin dengan seorang usahawan wanita berusia 32 tahun, yang juga bekas isteri kepada seorang selebriti terkenal.

Menerusi kenyataannya yang tular, Khairuddin dikatakan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung dakwaan tersebut.

Kenyataan itu juga menafikan beliau ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Perasing, Kemaman semalam.

“Saya menafikan ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.

“Menafikan berkahwin dengan Mawar Abdul Karim. Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan polis,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu Whatsapp berkenaan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang didakwa ditahan di sekatan jalan raya di Perasing bersama seorang wanita yang dikenali ramai.

Wanita yang pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Abd Karim itu didakwa dilihat berada dalam kereta yang sama dalam kereta Ahli Parlimen kuala Nerus tersebut.